Monday, January 19, 2015

Roman Cinta Caliph Buskers MOJO AJL 29

Assalamualaikum.

Korang tengok AJL29 semalam? Tentu ramai sangat yang tengok dan yang paling-paling suka bila tengok persembahan istimewa dari Mojo feat Caliph Busker. Terbaik!

Meremang bulu roma aku bila tengok penyanyi utama Caliph Busker tu menyanyi. Walaupun mereka cacat penglihatan tapi mereka dianugerahkan dengan kebolehan yang setanding dengan manusia biasa. ALLAH Maha Kaya.

Percaturan yang Edry KRU buat memang terbaik. Baik-baik lagu Roman Cinta sendiri membawa maksud yang begitu mendalam. Syabas kepada Mojo dan Caliph Busker kerana membuatkan semua penonton yang ada di stadium bangun memberikan tanda sokongan kepada mereka. Cara penyampaian yang diberikan begitu jujur dan dapat memukau kesemua penonton yang menyaksikan AJL ke 29 semalam. Tahniah sekali lagi.





Sunday, January 11, 2015

Alyah dimadukan secara senyap, Hidup saya sudah hancur


Assalamualaikum.


  
Dato Ramli Ms bersama isteri barunya.

Hati wanita mana tidak remuk bila suami yang dikasihi dan dicintai dengan sepenuh jiwa raga sanggup memberikan kasih dan sayangnya kepada orang lain.

Penyanyi terkenal dengan lagu "sesal separuh nyawa" bagaikan jatuh ditimpa tangga, apabila rumahtangga yang baru dibina kini kian ke penghujungnya. Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan,34, memuat naik sekeping gambar yang mencetuskan pelbagai persoalan di benak fikiran semua peminatnya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukupkah segala pergorbanan yang saya lakukan". Status terbaru di laman sesawang Instagram Alyah.

Ramai peminat menasihati Alyah agar memadamkan gambar tersebut dan menyelesaikan masalah ini secara damai. Dato Ramli telah berkahwin dengan wanita itu, Siti Khafilah Che Khar secara sembunyi dan tidak tahu tarikhnya bila.

Jelas Alyah lagi, dia seperti diperbodohkan oleh suaminya sendiri kerana sering melarang untuk memuat naik gambar mereka bersama ke dalam Instagram milik Alyah sendiri. Alyah menerima segala kemugkinan yang akan berlaku didalam rumahtangganya nanti. Pasangan itu bernikah secara senyap di Batam, Indonesia pada tanggal 18 Mac 2013.

Kepada semua peminat Alyah, marilah kita mendoakan yang terbaik untuk Alyah dan suami. Semoga semuanya akan berakhir dengan baik. Jangan kita mengeruhkan lagi masalah yang ada dan membuat sebarang spekulasi negatif mengenai mereka. Kepada Alyah tabah dan kuatkan semangat dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Setiap kejadian pasti ada seribu hikmah yang tersembunyi.
 


Wednesday, January 7, 2015

Tudung Online :-)



Assalamualaikum..

Ok dah ada mood semula nak taip entry kali nie.hehe semua kerja dah hampir siap rasanya, now dah boleh nak goyang kaki sikit kot haha sambil tulis entry dengan senang hatinya.

Agak mencabar jugak nak tulis entry kali nie sebabnya kali nie entry yang jie nak tulis nie agak panjang tapi insyallah kalo boleh diringkaskan cerita jie akan ringkaskan ok :-)

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nantikan yang jie dah lama asanya janji nak unpdate dan cerita dengan korang semua apa yang jie sibukkan sekarang nie sampai blog nie tak berupdate berminggu2 hehe. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH semua yang dihajati dan diimpikan hampir menjadi kenyataan cuma perlu bekerja lebih keras dan kuat lagi hehe.

Untuk pertama kalinya jie menjual tudung online di page FB sendiri iaitu Kasih house. Untuk penjualan tudung dan shawl yang jie jualkan semuanya dari material kain yang sangat nipi2, ringan dan selesa di pakaikan, memandangkan keadaan cuaca sekarang yang agak panas. Jie menekan rekaan tudung dan shawl yang sangat ringkas coraknya dan warna yang amat sesuai untuk digayakan setiap hari dimana jua.

Tudung online yang jie jual kan ini semuanya  harga yang amat berpatutan yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja dan warna serta corak yang dipilih sendiri oleh jie dan mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting, nampak cantik, simple but exclusive.   



Sunday, January 4, 2015

Heroin Istikharah cinta


Salam manis semua :-)


 Heroin Istikharah Cinta. (Faye Kusairi)

Semua orang dah di landa demam Istikharah Cinta, Slot Akasia hasil buah tangan yang terbaru terbitan TV3. Istikharah Cinta menampilkan pelakon yang hebat, pelakon lama dan baru. Tidak di nafikan lagi drama ini semakin mendapat sambutan di hati peminat Slot Akasia.

Faye Kusairi diberi amanah dan tanggungjawab yang besar untuk memegang watak heroin di dalam drama Istikharah Cinta. Nama Faye Kusairi semakin melonjak naik dek kerana hasil lakonan nya yang bersahaja di dalam drama ini. Plot cerita Istikharah Cinta sangat menarik dan cerita nya tidak terlalu berat dan sesuai untuk di tonton seisi keluarga.

Faye Kusairi memegang watak sebagi Dina Aliya. Dina Aliya seorang yang sangat comel, easy going, happy go lucky, peramah dan manja. Dina Aliya anak tunggal dan sangat rapat dengan kedua orang tuanya. Dina Aliya sangat setia mencintai kekasih hati nya Hanafis. Mereka mula kenal dan menyulam cinta sejak di Universiti.

Gaya lakonan heroin Istikharah Cinta ini, sangat bersahaja dan cool. Faye Kusairi pernah membintangi beberapa drama lain contonhnya seperti Ammara Batrissya, Misi Ku Kuza 2, Aku Isterinya dan yang terkini semakin hangat Istikharah Cinta. Antara Filem yang pernah dibintangi oleh beliau ialah Cinderella.

Saksikan kisah percintaan antara mereka di dalam Istikharah Cinta setiap hari isnin hingga khamis jam 7 malam di TV 3.


Istikharah Cinta Episod 3 by miromroktv

Dagu aurat atau tidak untuk wanita?


Assalamualaikum.

Dulu, aku selalu confuse aurat dagu bagi kaum wanita. Setengah orang kata tak perlu di tutup, setengah lagi kata dagu tu aurat. Korang ada confuse macam aku tak?

Rasa macam tak sempurna je bila kita tak menutup aurat sepenuhnya sebab menutup aurat tu wajib bagi semua muslimah. Mula lah aku, godek2 cari maklumat dalam internet nie. Untuk lebih kepastian aku tanya kepada yang lebih pakar. Alhamdulillah aku mendapat jawapan yang tepat dan sahih. Syukur YA ALLAH.

Alhamdulillah, sekarang nie dah ramai kita dapat tengok muslimah-muslimah kita dah melabuhkan tudung mereka, yang pakai shawl dah ada macam-macam gaya untuk labuh kan shawl mereka. Yang penting sama ada kita mahu atau pun tidak. Tepuk dada tanya selera.

Kalau nak ikutkan banyak sangat kedai-kedai yang menjual pakaian muslimah yang menepati syariat. Walaupun baju ada banyak renda-renda, kadang-kadang sekali tengok macam kain langsir je tapi tak pe janji ada niat dan perubahan untuk tutup aurat dan ingin berubah ke arah kebaikan.

Aku suka sangat tengok gaya penampilan seorang blogger nie. Blogger Dena Bahrin. Penampilan blogger ibu muda nie, banyak sangat menarik minat anak-anak gadis untuk memakai pakaian yang mengikut syariat. Tahniah Dena Bahrin kerana menjadi ikon yang berjaya untuk anak-anak gadis. Selain menjadi blogger dan ikon kepada remaja, beliau banyak memberikan motivasi kepada remaja untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik.

     Dena Bahrin, blogger dan ibu muda yang sangat comel dan menjadi ikon kepada remaja zaman kini.


Secara sedar atau tidak dagu adalah aurat bagi wanita. Bawah dagu wajib di tutup kerana ia termasuk aurat bagi seorang wanita. Tidak sah solat wanita itu, kalau dagu nya tidak di tutup dengan betul.
MASYALLAH. Jangan terkejut atau panik, kepada yang masih confuse mengenai aurat dagu nie, kita masih belum terlambat untuk berubah. Islam agama yang cantik dan mudah.

Lebih sahih lagi mengenai aurat bawah dagu. Keempat-empat mazhab Syafie, Hanbali, Hanafi dan Maliki, kesemuanya bersepakat mengatakan dagu adalah aurat.

Berubah lah demi agama kita dan maruah kita. Aurat wajib di tutup dengan baik. Agama islam agama yang sangat mudah dan cantik. Kalau rasa tak mampu nak pakai tudung labuh macam telukung, pakai la tudung yang mengikut syariat, labuh dari paras dada, tidak jarang dan menutup dagu. Berubah sikit demi sikit. Yakin yang ALLAH pasti akan tolong dan bersama dengan kita

I love Islam. :-)

Thursday, January 1, 2015

Hello 2015


Assalamualaikum.

Tak lambat lagi aku nak wish 'Happy New Year'. Alhamdulillah, masih di berikan kesempatan untuk meneruskan hidup. Allah masih pinjamkan aku nyawa dan keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Tak de apa yang nak minta kecuali aku diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan menjadi hamba yang soleh serta anak yang solehah kepada parents aku :-).

Sebenarnya banyak sangat aku dah lupa kenangan masa 2014 haha. Banyak sangat gambar aku ambik, tapi banyak dah kena delete sebab fon aku 'sakit'. Nagis beb!!. Dalam 30% je yang aku ingat haha yang selebihnya aku lupa. Teruk!!!

Tak de banyak sangat yang menarik dalam hidup aku nie. Bagi aku sendiri, kehidupan yang mengajar aku menjadi 'siapa aku sekarang'. Pepatah ada mengatakan pengalaman tak pernah menipu.!!

Let's recap my 2014 :-)

Abang aku kahwin!!! yeaaa.

Nie, kira kenduri 1st time dalam family aku. Banyak sangat persiapan yang kena buat. Aku turut serta menyibuk je banyak. Haha. Kalau bab2 nak atur family nak pakai apa nanti serah kan pada yang pakar (aku le tu). 

Aku sayang sangat dekat abg aku tu. Hehe bertambah sayang bila abang aku pilih date akad nikah dia sama tarikh dengan birthday aku. Haha. So, nanti setiap kali diarong sambut anniversy mesti akan secara langsung ingat birthday aku. Alhamdulillah kenduri semua berjalan dengan lancar dan tak lama lagi aku akan dapat anak buah. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ok :-).

Aku mengharapkan kedatangan 2015 akan memberikan seribu makna buat aku dan keluarga aku. Mengharapkan sinar baru untuk aku  dan menjadi insan yang lebih baik :-)