Wednesday, January 22, 2014

Selendang Oh selendang..:-D


Assalamualaikum...Hye

Bila bercerita pasal selendang je mesti rasa nak senyum je...:-) senyum banyak sikit la..murah rezeki..kenapa nie? sebab jie dah mula nak jadi peminat tegar shawl kot haha..sebelum nie asyik dok tengok orang je pakai shawl macam2 gaya, rasa jeles je teringin nak pakai tapi tak pandai and plus rasa macam tak sesuai je..pikir negatif banyak sangat kot :-D

Sekarang nie dah jadi mudah dalam serba serbi, sebab dah ada kat youtube dah cara nak pakai shawl macam2 gaya, buka laptop search kat youtube je..keluar terus video nak pakai shawl dengan mudah.:-), Lagi satu apayang menarik pasal shawl nie harga dia hahaha..*gelak besar* harga dia dari serendah RM10 dah boleh dapat lagi pun sekarang nie boleh tengok kat kedai banyak jual macam2 jenis shawl dari murah sehingga la semahal2 shawl ada.:-),

Dunia zaman IT, kalau yang sapa baru nak jinak2 pakai shawl tu, agak2 kurang pasti shawl apa yang kurang sesuai dengan muka kita, jenis material yang sesuai boleh tengok kat internet je. Lagi pun dah banyak orang jual online, boleh pilih yang mana berkenan di hati  & boleh tanya jugak shawl tu sesuai ke dengan bentuk muka kita kan senang :-P

Masa jie mula2 nak pakai shawl nie jie beli shawl kat pasar malam ja haha..murah je RM10..Balik terus try pakai & Alhamdulillah jadi..yeaaa seronoknya..rasa macam nak pergi balik pasar malam tu beli 10 helai lagi shawl:-) excited sebenarnya..

Kat sini jie ada suggest kan kat korang online shop untuk beli shawl. Confirm sesuai untuk semua jenis bentuk muka yang paling penting selesa kita nak pakai kan.:-P


Rasanya yang tu je kot nak update buat masa nie..hehe harap2 entry kali nie dapat membantu korang yang masih tercari2 nak beli shawl kat mana yang cantik ok :-)

Selamat Bershopping :-D

Bye..Assalamualaikum..

 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.