Sunday, June 1, 2014

Dulu, kini dan selamanya :-)



Assalamualaikum, Hai.


If someone should be by my side,
then that someone should be you.

''We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly''

Entry nie khas untuk kak lisa. Semua nya cerita pasal kak lisa. Kenapa entry nie di create sebab tadi jiha(panggilan kak lisa utk jie) :-), rasa tetiba rindu sangat dekat kak lisa. Rindu semua moment kita bersama.

Sambil layan lagu ning baizura "bukan wanita biasa". Rasa macam layan je sambil nak taip entry nie walaupun xde kena mengena apa pun dengan entry nie haha. layan je la.

Pejam celik, pejam celik dah 12 tahun kita kenal kan? rasa macam sekejap je, rasa macam tak percaya dulu zaman budak2 selalu nagis2, ada je masalah mesti nagis belakang katil haha :-*, tapi sekarang sama2 dah besar, dah bawa haluan hidup masing2. Alhamdulillah Allah kurniakan jiha seorang kakak yang sangat baik macam kak lisa.


Kami dibesarkan sama2 di satu rumah yang dikenali sebagai rumah "BAKAWALI". Ditemukan dalam satu rumah, ditempatkan dalam satu bilik dan akhirnya menjadi seorang kawan, saudara yang sangat rapat. 

Thanks, kak lisa sebab jadi kakak yang paling rapat dengan gha. Selalu ada dengan gha masa susah senang gha. Terlalu banyak memori dengan kak lisa. Kak lisa selalu bagi nasihat jugak kat gha masa gha down masa gha sakit kak lisa yang jaga. Hanya kak lisa je yang pandai pujuk gha masa gha sedih, Sebab memang gha admit yang gha nie seorang yang sangat manja. hehe sikit2 nagis tapi nasib la ada kak lisa yang memang tak pernah jemu2 dengan gha nie.


Terlalu banyak kenangan dan benda yang selalu kita kongsi kan bersama. Kalau nak keluar je jalan ke mana2 pun mesti kita nak pakai baju yang hampir sama. Kalau kita ada masalah mesti kita akan kongsi sama2, makan sama2 tidur pun sama2 boleh dikatakan semuanya "bersama". Kak lisa memang seorang yang sangat rajin study. Gha still ingat lagi masa kak lisa nak ambik exam PMR. kak lisa selalu study sampai lewat malam dan penemannya mesti la gha..haha sambil study sambil "bergosip" dalam bilik kadang2 sampai tak sedar dah lewat. Terlalu banyak kenangan kita bersama, walaupun kita sempat bersama hanya untuk beberapa tahun tapi rasa macam dah terlalu lama kita kenal kan?? 

Masa kak lisa tinggal gha dan pindah rumah, perasaan dan hati gha time tu memang hanya ALLAH saja yang tahu. Rasa kehilangan yang paling besar. Life gha dah jadi makin boring, dah takde kawan dan kakak yang boleh lepak2 sama2 kat tangga belakang rumah sambil makan buah amra huhu..Kononya kita nie berjanji nak hidup semati bersama la hehe akhirnya kak lisa yang tinggal gha dulu:- (.  Rasa time tu taknak dah kawan dengan kak lisa, sebab kak lisa pindah pun tak cakap and bagi taw dekat gha..lepas je kak lisa ambik result PMR terus kak lisa keluar macam tu je.. 

Berhari2 gha nagis, rasa nak marah semua ada. Lepas je kak lisa keluar terus kak lisa xde nak call gha or cari gha. kite putus macam tu je. Tapi dalam hati nie selalu je berdoa supaya Allah temukan kita balik. Lepas kak lisa pindah gha pun terus pindah rumah, dan alamat rumah mesti tukar, dalam hati rasa memang dah tekde harapan nak jumpa kak lisa. Ada jugak gha tanya2 kawan2 kak lisa tapi semua tak tahu macam mana nak call and cari kak lisa.

Diringkaskan cerita, Allah maha besar dan Maha berkuasa 3 Tahun lepas kita jumpa balik. Alhamdulillah, rasa macam dunia kembali bercahaya hehe. Macam2 cerita nak cerita, macam2 benda nak tanya.. kalau nak ikutkan kalau call selagi kredit ada mesti takkan stop lagi bersembang, selagi boleh wassap akan berwassap sampai ke malam hehe. Terlalu rindu dengan moment dulu2, kalau boleh diputarkan masa memang nak sangat putar. Cuma sekarang nie jarak dan masa memisahkan kita, tapi Gha memang sangat bersyukur Allah temukan kita balik walaupun kita tak pernah lagi jumpa sejak kita contact balik nie  selama nie. Biar masa dan kedaan yang tentu kan.

Lastly, thanks kak lisa sebab sudi jadi kakak dan kawan yang sangat baik untuk gha. Walaupun kita sempat kenal dan bersama selama beberapa tahun je tapi kak lisa kawan dan sahabat yang paling baik untuk gha. Gha selalu doakan yg kak lisa akan berjaya dunia dan akhirat. Amin...






2 comments:

  1. menangis masa baca ni. TQSM gha. Allah yang temukan kita, dan allah jugak yang akan pisahkan kita satu hari nanti. Rindu gha sangat2.. insyaallah nanti kalau umur panjang murah rezeki kita jumpa k.. tq sangat2 gha.. rasa terharu, sedih, gembira semua ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 akak..jangan la sedih2..entry nie mmg untuk k.lisa pun..apa yang berlaku dalam hidup kita memang dah diaturkan oleh ALLAH. kita kena yakin dan reda dgn semua ketetentuanya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen.