Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Tips Beli Beg Tangan Untuk Wanita Bekerjaya.



  Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tidak tahu, dengan sentuhan beg tangan juga, boleh membawa perubahan kepada gaya wanita muslimah bekerjaya. Nampak lebih yakin, berketrampilan dan paling penting boleh muatkan apa yang ingin dibawa. Namun tidak semua beg tangan sesuai di bawa bekerja. Ingin tahu tipnya, teruskan membaca.
Bagi kebanyakkan  wanita beg tangan merupakan tempat menyimpan barangan berharga seperti handphone, beg duit, barangan alat solek dan pelbagai lagi barangan keperluan wanita. Bayangkan anda keluar bekerja atau ke pasar raya tanpa menggunakan handbag? Pasti sangat melecehkan. Ada sahaja barang yang akan tercicir atau tertinggal. Begitu pentingnya beg tangan unutk wanita. Tapi, awas! Tidak semua jenis beg tangan boleh digunakan untuk tujuan pelbagai seperti ke pejabat, ke pasar, atau ke majlis formal makan malam. Anda harus mempunyai beg tangan  yang sesuai untuk setiap tujuan tersebut.



Tips Pertama ( Tujuan)


Anda harus tahu apa tujuan atau kegunaan anda membeli beg tangan. Jika anda bercadang untuk menggunakannya pada majlis ulang tahun atau majlis makan malam yang formal, beg tangan berbentuk clutch sangat sesuai kerana rekaannya yang dekoratif dan saiznya yang kecil sesuai dipadankan dengan busana pakaian anda.

Bagi wanita yang memiliki anak kecil pula, anda memerlukan beg tangan yang agak besar untuk diisi pelbagai barangan bayi seperti tisu basah, pampers, botol susu dan pelbagai lagi. Jadi, beg tangan  jenis Tote dan Satchel amat sesuai untuk tujuan itu. Saiz beg ini agak besar dan jangan risau, anda akan tetap tampil bergaya dengannya kerana kini terdapat banyak rekaan cantik dan eksklusif beg ini untuk dipilih.



 Tips Kedua (Design beg tangan)


Bagi wanita yang bekerjaya mereka akan lebih cenderung untuk memilih beg tangan yang berjenama dan terkenal. Tidak salah untuk itu tapi harus diingat, faktor penting seperti rekabentuk, warna serta corak amat penting agar ia tidak mencacatkan penampilan anda.

Untuk wanita  yang mempunyai bentuk badan langsing dan tinggi, beg tangan  jenis Hobo dilihat sesuai dengan anda. Design beg tangan  ini yang sedikit melengkung dengan badan lebar dan tali yang pendek akan menyerlahkan lagi ketinggian anda.

Bagi yang berbadan sedikit gempal, anda digalakkan memilih beg tangan  tidak terlalu besar dan tidak mempunyai corak yang keterlaluan. Ia akan menampakkan penampilan yang lebih kemas buat anda.



Tips Ketiga ( Pemilihan Warna Beg Tangan )


Pemilihan warna juga amat penting agar sesuai dengan pakaian yang dipakai seharian anda. Memilih warna selamat seperti hitam, putih, cream dan coklat adalah terbaik. Namun bagi anda yang suka bermain dengan warna, pilihlah warna neon terang dan pastikan anda mempunyai pilihan warna yang sesuai dengan baju dan kasut yang digayakan. Beg tangan  berwarna terang juga boleh digayakan ke pejabat, tetapi anda harus padankan ia dengan pakaian berwarna tanah atau gelap agar  tidak tampak keterlaluan. Wah, pasti  anda akan tampak lebih feminin dan bergaya dengannya. Selain itu, anda harus mempunyai keberanian untuk mengayakan beg tangan yang berwarna terang supaya anda akan kelihatan lebih menarik dan berani.



Tips Keempat ( Kualiti dan Harga Beg Tangan )


Bila sudah nampak beg tangan yang disukai, kadang kala sampai lupa tentang  harga. Seeloknya sebelum membeli, pastikan anda tahu harga setiap beg tangan yang anda ingin beli dan pastikan ia berbaloi dengan kualiti yang ada pada beg  tangan  tersebut. Kadang-kala terdapat pelbagai design yang cantik dan menarik, namun kualitinya amat menghampakan kita sebagai pengguna. Jadi, pastikan anda tahu menilai kualiti sesuatu beg tangan sebelum menjadikannya milik anda.



Kesimpulan.


Penting untuk anda tahu kesemua perkara ini agar ia tidak menjadi satu pembaziran. Maklumlah, harga beg tangan pun bukannya murah. Jadi, pastikan anda membuat pilihan bijak sebelum membeli beg tangan.



Happy Reading, Terima kasih.




Wednesday, March 19, 2014

Tips untuk kekal bahagia :-)



Hello, Assalamualaikum...

Ya Allaaaah! kalau ada suara ni aku rasa aku akan jerit tau. Betapa aku sangat rindu nak update blog tapi selalu tak berkesempatan dan kalau berkesempatan pun aku taktahu nak cerita apa walaupun sebenarnya banyak benda boleh cerita. OK.haha..

Kali nie title entry sedikit pelik, rasa macam pakar motivasi je aku nie :-*).Haha
Rasa macam tajuk tak boleh blah je kan..ada kakton kisah ?? yang penting suka hati kite la kan blog kita wakaka..~!

Sebenarnya kenapa kite tetiba buat entry nie ek??/haha sendiri pun tak tahu saje je kot nak share dengan korang semua..mana la tahu kot2 tips nie boleh buat korang semua bertanbah bahagia..kan2..kakton memang suka tengok orang bahagia..haha..

Orang cakap kite tak boleh selalu cakap i love you, i miss you why??? pelik jugak la kan..sebab orang ada cakap, nanti selalu dengar lame2 dah jadi bosan??aik boleh ke macam tu???ikut suke korang la haha!~...OK laa..jom kita semak list yang kite suggest kan hehe...meh2..baca tips kite ngee :*-)


1. Ikhlas.
Senang je kan kalo kite nak bahagia kite kena ikhlas dengan pasangan kite kenapa? sebabnya bila kite iklhas semua benda akan jadi elok iyo ke idok ???korang pikir la sendiri hahaha

2. No secret.
Korang jangan ada rahsia antara korang, kola korang nie sangat lah perahsia orangnya, tapi bila korang dah ada pasangan jangan terlalu berahsia kerana terlalu berhasia boleh jejaskan hubungan korang So, jangan jadi perahsia..haha macam lagu siti tu Biarlah rahsia..

3. Positif

Yang ni salah satu yang amat penting! Jangan sekali-kali buruk sangka tau? Especially to gegurl lah kan? Sebab boboi ni tak suka kita buruk sangka dekat dia. Ada ngerti ngak? Tapi boboi pun harus la faham yang gegurl ni mudah curiga. Cepat cemburu. Mudah merajuk. Erkk?? Tapi apa apa pun, sama-sama la kena positive thinking ye! Tak rugi pun. Untuk kebaikan kita bersama. Kepercayaan itu penting dalam perhubungan ye kakak-kakak dan abang-abang! Ingat tu. Hihihi.

4. Saling memahami.

Memahami antara satu sama lain tu penting dalam hubungan. Jangan la kite je nak pasangan kite je paham kte nie tapi kite wat dekkk je kat dia..dok bisa gitu..waaahh indon mari hehe..kite kana sama2 paham perasaaan masing2 baru la harmoni hubungan kite kan2

5. Berdoa.

Berdoa adalah senjata yang paling baik untuk hubungan tu kekal. jangan kite terlalu asyik dengan hubungan so, teruskan berdoa..

Ok..tu je kot untuk hari nie..jumpa lagi..byeee..salam. :-)