Monday, December 29, 2014

Bajet Baju dan tudung bridesmaid bawah RM150


Assalamualaikum semua :-)))))))

Rasa lama sangat tak update benda yang best-best dalam blog nie. Sebelum nie aku ada update dan banyak kongsi info dengan korang yang bakal jadi bridesmaid  tu kan. Nak cari baju kat mana, design baju bridesmaid  yang terbaru.

Tapi kali nie aku ada buat bajet untuk korang yang bakal jadi bridesmaid tu. bajet baju dan tudung bawah RM150. Aku paham, selalunya bridesmaid nie budak-budak yang masih study lagi, mana nak ada duit beli baju mahal-mahal kan? kalau baju korang ditaja ok la. Kalau kena beli sendiri takkan naya. Hoho :-)

Korang boleh usya dekat butik poplook.com. Banyak koleksi yang menarik dan sesuai dengan trend bridesmaid terkini. Memang dah jadi trend terkini kalau ada pengantin mesti ada je bridesmaid yang menyelit kan. Bukan seorang tapi lebih dari 3 4 orang. Kadang-kadang tu bridesmaid nie boleh buatkan majlis tu jadi meriah dengan warna baju yang sedondon, dah ala boria dah. Haha.

Kalau dah ada baju, mesti la nak tudung yang sedondon jugak. Tudung pun mesti la nak warna yang ceria-ceria baru la nampak lagi berseri semua bridesmaid nanti. Kini dah jadi trend shawl. Ramai orang suka pakai shawl dari tudung bawal biasa. Alasan sebab mudah jadi dan cepat. Koleksi tudung untuk bridesmaid korang boleh usya dekat benanghijau. Banyak koleksi tudung yang cantik-cantik dan harga yang sangat murah ok :-)

Ok, contoh bajet baju dan tudung bridesmaid yang aku suggest kan untuk korang dari poplook.com dan benanghijau

          Suraya Mermaid Chiffon Maxi Dress - Dark Purple (RM94.00)


 Bawal Maira bidang 45 - Pink Muda (RM14.00)

Ok, cuba korang tambahkan harga dress dengan tudung baru RM108.00 harga tak termasuk postage. Kalau campur sekali dengan harga postage baru RM122.00

Masih bawah RM 150.00 tak lebih dari bajet RM150.00 kan??? korang kena pandai pilih dan bajet untuk setiap belanja yang di keluarkan barulah bajet tak lari :-)

Happy shopping guys :-). xoxox


Hero Istikharah Cinta


Assalamualaikum

To be honest sebelum nie aku memang tak blah dengan pelakon-pelakon lelaki melayu nie. Bukan semua ok, tapi kebanyakannya kaku bila berlakon dan terlalu mengikut skrip dengan watak yang di lakon kan.

Aku makin suka dan jatuh cinta dengan seorang hero malaya yang kian makin meninggkat naik nama dalam industri dunia lakonan. Gaya lakonan yang bersahaja, cool, spontan dan macho. Haha.



Zul Ariffin nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Semakin di kenali selepas drama 'Rindu awak 200% yang di lakonkan bersama dengan Ayda Jebat. Aksi lakonan yang bersahaja dan cool membuatkan aku tak pernah tinggal satu episod untuk tengok drama tu. Aku setia dan tepat jam 7.00 malam depan tv, jangan sapa kacau aku. Kalau ada yang kacau aku akan 'makan orang'. Haha, semua kerana Zul Ariffin.

Kini, Zul Ariffin berlakon dalam drama terbaru di TV 3 yang membuatkan aku menjadi gila. Istikharah Cinta drama yang baru dan segar dikeluarkan oleh TV3 dan menampilkan pelakon-pelakon yang hebat terutamanya Zul Ariffin.

Dalam istikharah cinta Zul Ariffin diberikan kepercayaan sekali lagi untuk memegang watak hero dalam cerita ini. Airil ( Zul ariffin) seorang yang sangat setia dan terlalu mencintai isterinya. Airil sanggup berkerjaya siang dan malam untuk penuhi setiap hajat yang diminta isteri tercinta. Namun rumahtangganya retak menati belah. Kesibukan Airil membuatkan isterinya merasa kesunyian dan terabai dek kerana kesibukan Airil dan selalu ditinggalkan Airil.

Aku memang suka tengok drama Istikharah cinta sebab lakonan Zul Ariffin memang terbaik. Adoiii cair kot sapa tengok dia, dah la macho, hensem, lemah lembut, cool. Boleh dikatakan seorang pelakon yang bersahaja. Setiap dialog yang dilontarkan sangat bersahaja dan tidak kelihatan kekok.

Ok, jangan lupa saksikan Istikharah cinta setiap hari isnin dan khamis tepat jam 7.00 malam ok. Wajib kosongkan aktiviti korang ok. :-). Aku sokong drama melayu :-).


Istikharah Cinta - Episod 2 - 24/12/2014 by KoleksiDrama

Sunday, December 28, 2014

Istikharah Cinta Slot Akasia


Assalamualaikum

Istikharah Cinta drama Slot Akasia terbaru yang makin popular kerana kisah dan jalan ceritanya sangat menarik, disamping menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dan baru. Antara pelakon yang bergandingan di dalam Istikharah Cinta ialah Zul Ariffin (Hero), Faye Kusairi (Heroin) dan beberapa barisan pelakon hebat yang lain.

Senopsis Istikharah Cinta.

Istikharah Cinta mengisahkan Airil (Zul Ariffin) seorang yang sangat setia kepada cintanya walaupun selepas berlaku pencerian di dalam rumah tangganya. Selepas perceraian, Airil tetap tidak boleh melupa bekas isterinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Aiza (Noni). Kehadiran Dina Aliya (Faye Kusairi) mengubah segala kisah suka duka hidupnya. Perwatakan Dina Aliya yang ceria dan selalu membuat Airil ketawa membuatkan Airil jatuh cinta dan ingin meneruskan hubungan yang lebih serius dengan Dina Aliya. Saksikan kisah percintaan Airil dan Dina Aliya di TV 3 setiap hari isnin dan khamis tepat jam 7 malam.


Istikharah Cinta Episod 1 by miromroktv

Thursday, December 25, 2014

Zahira Slot Samarinda


Assalamualaikum.

Slot samarinda di tv3 yang kian menjadi perbualan ramai orang terutamanya kaum-kaum hawa. Slot samarinda Zahira akan ditayangkan setiap hari rabu dan khamis pada jam 10 malam. Penonton drama slot samarinda Zahira boleh menonoton di tonton.com 7 hari sebelum siaran di tv3.

Review sikit pasal cerita Zahira. Zahira seorang gadis yang penuh dengan nilai-nilai murni di dalam hidupnya. Dibesarkan oleh ibunya Mak Ani. Zahira seorang yang happy go lucky, sentiasa ceria dan mudah mesra dengan semua orang walaupun baru bertemu. Zahira seorang graduan universiti dalam bahagian komputer. Zahira sangat mencintai kekasihnya Sufiyan, walaupun Sufiyan hanya lah mempergunakan Zahira untuk kepentigan sendiri. Oleh kerana Zahira terlalu mencintai Sufiyan, segala yang dikehendaki Sufiyan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Akhirnya Sufiyan meninggalkan Zahira dengan begitu mudah setelah tamat belajar. Zahira terlalu kecewa dan putus harapan.

Demi membantu ibunya yang sakit dan membantu melunaskan segala hutang yang dibebani keluarga, Zahira sanggup berkerja di sebuah syarikat perhotelan sebagai reception di hotel tersebut. Bermulanya kisah suka duka hidup gadis yang bernama Zahira.

Ingin mengetahui kisah selanjut tentang Zahira?



Zahira Episod 1 Slot Samarinda TV3 by osem2u

Wednesday, December 24, 2014

Review Baju baby



Assalamualaikum.

Kalau tengok baju baby je mesti geram  sebab comel sangat-sangat, rasa nak grab je semua baju baby yang ada. Tapi masalahnya, baby nie cepat membesar, kalau beli banyak-banyak nanti dah tak boleh pakai kan membazir, lebih baik simpan untuk adik-adik yang lain.


Ok, hari nie aku nak review sikit website yang ada jual baju baby yang murah dan sesuai dengan ekonomi sekarang plus website nie boleh beli secara borong ok. Paling penting, untuk beli baju baby, ibu to be harus pandai piliih kualiti kain semasa nak beli baju baby. Kain cotton, adalah kain yang paling sesuai untuk baby, sebab kulit baby kan lembut. So, kualiti baju baby haruslah selesa untuk dipakai.


Disebabkan, aku nie memang tak boleh tengok baju baby, rasa gatal je tangan nie nak beli, walaupun anak takde, tapi aura baju baby tu yang buatkan 'duit aku melayang'. Akhirnya aku beli untuk anak-anak buah je la. Selalunya aku suka tengok blog http://wholesalebabynkidsclothing.blogspot.com/ sebab design baju baby yang dijual sangat lah cantik. Rasa tak sabar nak ada anak sendiri. Haha.




Koleksi Lycra peplum, Sesuai digayakan untuk si kecil, nampak comel je. :-)



Jumper bib



Pants and jeans :-)


Ok, korang try la godek-godek sendiri blog yang aku suggest kan tadi. Semoga membantu terutamanya kepada bakal mother to be ok :-)

Happy shopping guys.

Bye. See you next entry.





Sunday, December 21, 2014

KL Y.E.S FEST CHARITY 2014


Assalamualaikum.



Yes2, berjuta juta kali yes. For sure, ramai sangat kat luar sana dah tahu pasal KL Y.E.S FEST 2014. Kali nie KL Y.E.S FEST 2014 diadakan di PWTC, dan banyak sangat butik-butik terkenal yang sertai KL Y.E.S FEST 2014 untuk kali ini.


Dengar cerita, banyak sangat lelogan yang akan di buat nanti. HEBAT sangat dan rugi sapa yang tak pergi kali nie. Banyak kelebihan yang terdapat kalau kita dapat pergi KL Y.E.S FEST 2014 ini, terutamanya harga yang sangat2 murah dan boleh nampak dengan mata kepala sendiri barang yang nak dibeli, keyakinan terhadap barangan tu lebih tinggi. 


Ok jom kita layan gambar semasa KL Y.E.S FEST 2014 di PWTC.









Tak pa jangan risau, kepada sesiapa yang tak sempat pergi untuk KL Y.E.S FEST 2014 pada tahun nie, insyallah tahun-tahun yang akan datang ada lagi and please sangat korang jangan lepaskan peluang yang ada ok. Save the date :-).

Tata, see you next entry. Xoxo selamat malam.



Friday, December 19, 2014

Baju tunang


Assalamualaikum.

Kalau zaman dahulu kala, nak tunang buat simple-simple je, apa la sangat nak tunang je, bukan nak kahwin pun kan. Cepat betul masa berlalu, kalau tak ikut peredaran zaman nanti orang anggap kita nie 'kolot'. Kita kena lah jadi up to date sikit pasal fesyen nie, baru la tak ketinggalan zaman. Haha. Banyak pulak aku bebel malam nie.

Kalau nak kahwin, nak cari baju akad nikah senang je sekarang cari je online, dah ada siap cuma sama ada baju tu sesuai untuk kita atau tak, dah terlalu banyak butik online 'seperti cendawan tumbuh'. Dah trend sekarang nie, nak tunang pun mesti nak buat grand-grand baru la nampak meriah, Siap ada mini pelamin lagi untuk majlis tunang, baju tunang jangan kata la memang cantik sangat-sangat la.

Ok, dah banyak aku bebel. Kepada yang bakal nak bertunang tu, malam nie aku nak review sikit kat korang ada satu butik online yang agak sesuai untuk korang beli buat baju tunang. Beli online nie, jimat masa dan tenaga, cuma kena pandai pilih.

Butik http://bellaammara.com/shop/ ada menyediakan baju tunang yang sangat sesuai dengan majlis dan tema. Tak payah nak pening-pening kepala nak pikir nak pakai baju tunang macam mana, korang just pergi dekat website butik bellaammara dan pilih je mana yang suka then beli :-).

Kalau nak beli baju tunang secara online, please make sure yang korang tahu size yang sesuai dengan korang, jangan tersalah pilih saiz nanti dah tak boleh tukar. Jangan jadikan 'tregedi hitam' masa korang tunang ok.

Size untuk jubah 'BELLALIYANA02'.





One of koleksi jubah 'BELLALIYANA02'. ('Warna 'Dusty pink')

Banyak lagi koleksi yang ada di butik bellamara yang memang kebebom, kalau tengok semua nak grab. Kalau sesiapa yang nak walk in nie alamat butik Bella Amara :

Bella Ammara
17, 17A, 17B Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7 
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-40316109
Email : ammara.bella@gmail.com



Happy shopping guys.

Tata..see you next entry.xoxo


Monday, December 15, 2014

Review baju untuk bridesmaid




Assalamualaikum semua.

Dah lama betul aku tak upadate. Sorry aku memang mengaku yang aku semakin busy. Entry kali nie aku update 2 hari. Haha. Lama betul tapi aku peram dalam draft dulu, bagi betul-betul masak baru aku publish.

Ok, malam nie aku rasa nak review pasal baju bridesmaid untuk 2014 dan 2015. Sekarang nie kan cuti sekolah, apa lagi kalau cuti sekolah senonim dengan kenduri. Banyak jugak la jemputan kenduri yang aku dapat, tapi banyak yang tak sempat nak pergi. Maaf kan saya.

Sekarang nie, dah jadi trend. Kalau kenduri mesti ada bridesmaid yang cantik-cantik dan baju-baju bridesmaid pun mengalahkan pengantin. Aku memang suka.

Ok, Aku ada buat review sikit untuk korang yang bakal-bakal bridesmaid, korang boleh usya2 baju cantik-cantik dan sesuai dengan korang dekat sini:

http://rayyanhaya.myshopify.com/


Nura plain jubah. (Koleksi dari butik RH). Sesuai sangat untuk bridesmaid. :-)


Ameera princess juabh (Turquoise). Koleksi yang the latest dari RH.


Happy shopping korang :-)

Monday, December 1, 2014

Tips Beli Beg Tangan Untuk Wanita Bekerjaya.



  Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tidak tahu, dengan sentuhan beg tangan juga, boleh membawa perubahan kepada gaya wanita muslimah bekerjaya. Nampak lebih yakin, berketrampilan dan paling penting boleh muatkan apa yang ingin dibawa. Namun tidak semua beg tangan sesuai di bawa bekerja. Ingin tahu tipnya, teruskan membaca.
Bagi kebanyakkan  wanita beg tangan merupakan tempat menyimpan barangan berharga seperti handphone, beg duit, barangan alat solek dan pelbagai lagi barangan keperluan wanita. Bayangkan anda keluar bekerja atau ke pasar raya tanpa menggunakan handbag? Pasti sangat melecehkan. Ada sahaja barang yang akan tercicir atau tertinggal. Begitu pentingnya beg tangan unutk wanita. Tapi, awas! Tidak semua jenis beg tangan boleh digunakan untuk tujuan pelbagai seperti ke pejabat, ke pasar, atau ke majlis formal makan malam. Anda harus mempunyai beg tangan  yang sesuai untuk setiap tujuan tersebut.



Tips Pertama ( Tujuan)


Anda harus tahu apa tujuan atau kegunaan anda membeli beg tangan. Jika anda bercadang untuk menggunakannya pada majlis ulang tahun atau majlis makan malam yang formal, beg tangan berbentuk clutch sangat sesuai kerana rekaannya yang dekoratif dan saiznya yang kecil sesuai dipadankan dengan busana pakaian anda.

Bagi wanita yang memiliki anak kecil pula, anda memerlukan beg tangan yang agak besar untuk diisi pelbagai barangan bayi seperti tisu basah, pampers, botol susu dan pelbagai lagi. Jadi, beg tangan  jenis Tote dan Satchel amat sesuai untuk tujuan itu. Saiz beg ini agak besar dan jangan risau, anda akan tetap tampil bergaya dengannya kerana kini terdapat banyak rekaan cantik dan eksklusif beg ini untuk dipilih.



 Tips Kedua (Design beg tangan)


Bagi wanita yang bekerjaya mereka akan lebih cenderung untuk memilih beg tangan yang berjenama dan terkenal. Tidak salah untuk itu tapi harus diingat, faktor penting seperti rekabentuk, warna serta corak amat penting agar ia tidak mencacatkan penampilan anda.

Untuk wanita  yang mempunyai bentuk badan langsing dan tinggi, beg tangan  jenis Hobo dilihat sesuai dengan anda. Design beg tangan  ini yang sedikit melengkung dengan badan lebar dan tali yang pendek akan menyerlahkan lagi ketinggian anda.

Bagi yang berbadan sedikit gempal, anda digalakkan memilih beg tangan  tidak terlalu besar dan tidak mempunyai corak yang keterlaluan. Ia akan menampakkan penampilan yang lebih kemas buat anda.



Tips Ketiga ( Pemilihan Warna Beg Tangan )


Pemilihan warna juga amat penting agar sesuai dengan pakaian yang dipakai seharian anda. Memilih warna selamat seperti hitam, putih, cream dan coklat adalah terbaik. Namun bagi anda yang suka bermain dengan warna, pilihlah warna neon terang dan pastikan anda mempunyai pilihan warna yang sesuai dengan baju dan kasut yang digayakan. Beg tangan  berwarna terang juga boleh digayakan ke pejabat, tetapi anda harus padankan ia dengan pakaian berwarna tanah atau gelap agar  tidak tampak keterlaluan. Wah, pasti  anda akan tampak lebih feminin dan bergaya dengannya. Selain itu, anda harus mempunyai keberanian untuk mengayakan beg tangan yang berwarna terang supaya anda akan kelihatan lebih menarik dan berani.



Tips Keempat ( Kualiti dan Harga Beg Tangan )


Bila sudah nampak beg tangan yang disukai, kadang kala sampai lupa tentang  harga. Seeloknya sebelum membeli, pastikan anda tahu harga setiap beg tangan yang anda ingin beli dan pastikan ia berbaloi dengan kualiti yang ada pada beg  tangan  tersebut. Kadang-kala terdapat pelbagai design yang cantik dan menarik, namun kualitinya amat menghampakan kita sebagai pengguna. Jadi, pastikan anda tahu menilai kualiti sesuatu beg tangan sebelum menjadikannya milik anda.



Kesimpulan.


Penting untuk anda tahu kesemua perkara ini agar ia tidak menjadi satu pembaziran. Maklumlah, harga beg tangan pun bukannya murah. Jadi, pastikan anda membuat pilihan bijak sebelum membeli beg tangan.



Happy Reading, Terima kasih.