Monday, December 29, 2014

Hero Istikharah Cinta


Assalamualaikum

To be honest sebelum nie aku memang tak blah dengan pelakon-pelakon lelaki melayu nie. Bukan semua ok, tapi kebanyakannya kaku bila berlakon dan terlalu mengikut skrip dengan watak yang di lakon kan.

Aku makin suka dan jatuh cinta dengan seorang hero malaya yang kian makin meninggkat naik nama dalam industri dunia lakonan. Gaya lakonan yang bersahaja, cool, spontan dan macho. Haha.



Zul Ariffin nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Semakin di kenali selepas drama 'Rindu awak 200% yang di lakonkan bersama dengan Ayda Jebat. Aksi lakonan yang bersahaja dan cool membuatkan aku tak pernah tinggal satu episod untuk tengok drama tu. Aku setia dan tepat jam 7.00 malam depan tv, jangan sapa kacau aku. Kalau ada yang kacau aku akan 'makan orang'. Haha, semua kerana Zul Ariffin.

Kini, Zul Ariffin berlakon dalam drama terbaru di TV 3 yang membuatkan aku menjadi gila. Istikharah Cinta drama yang baru dan segar dikeluarkan oleh TV3 dan menampilkan pelakon-pelakon yang hebat terutamanya Zul Ariffin.

Dalam istikharah cinta Zul Ariffin diberikan kepercayaan sekali lagi untuk memegang watak hero dalam cerita ini. Airil ( Zul ariffin) seorang yang sangat setia dan terlalu mencintai isterinya. Airil sanggup berkerjaya siang dan malam untuk penuhi setiap hajat yang diminta isteri tercinta. Namun rumahtangganya retak menati belah. Kesibukan Airil membuatkan isterinya merasa kesunyian dan terabai dek kerana kesibukan Airil dan selalu ditinggalkan Airil.

Aku memang suka tengok drama Istikharah cinta sebab lakonan Zul Ariffin memang terbaik. Adoiii cair kot sapa tengok dia, dah la macho, hensem, lemah lembut, cool. Boleh dikatakan seorang pelakon yang bersahaja. Setiap dialog yang dilontarkan sangat bersahaja dan tidak kelihatan kekok.

Ok, jangan lupa saksikan Istikharah cinta setiap hari isnin dan khamis tepat jam 7.00 malam ok. Wajib kosongkan aktiviti korang ok. :-). Aku sokong drama melayu :-).


Istikharah Cinta - Episod 2 - 24/12/2014 by KoleksiDrama

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen.