Assalamualaikum.
Mungkin ramai yang
tidak tahu, dengan sentuhan beg tangan juga, boleh membawa perubahan kepada
gaya wanita muslimah bekerjaya. Nampak lebih yakin, berketrampilan dan paling
penting boleh muatkan apa yang ingin dibawa. Namun tidak semua beg tangan
sesuai di bawa bekerja. Ingin tahu tipnya, teruskan membaca.
Bagi kebanyakkan wanita beg tangan merupakan tempat menyimpan
barangan berharga seperti handphone, beg duit, barangan alat solek dan pelbagai
lagi barangan keperluan wanita. Bayangkan anda keluar bekerja atau ke pasar
raya tanpa menggunakan handbag? Pasti sangat melecehkan. Ada sahaja barang yang
akan tercicir atau tertinggal. Begitu pentingnya beg tangan unutk wanita. Tapi,
awas! Tidak semua jenis beg tangan boleh digunakan untuk tujuan pelbagai
seperti ke pejabat, ke pasar, atau ke majlis formal makan malam. Anda harus
mempunyai beg tangan yang sesuai untuk
setiap tujuan tersebut.
Tips
Pertama ( Tujuan)
Anda harus tahu apa
tujuan atau kegunaan anda membeli beg tangan. Jika anda bercadang untuk
menggunakannya pada majlis ulang tahun atau majlis makan malam yang formal, beg
tangan berbentuk clutch sangat sesuai kerana rekaannya yang dekoratif dan
saiznya yang kecil sesuai dipadankan dengan busana pakaian anda.
Bagi wanita yang
memiliki anak kecil pula, anda memerlukan beg tangan yang agak besar untuk
diisi pelbagai barangan bayi seperti tisu basah, pampers, botol susu dan
pelbagai lagi. Jadi, beg tangan jenis
Tote dan Satchel amat sesuai untuk tujuan itu. Saiz beg ini agak besar dan
jangan risau, anda akan tetap tampil bergaya dengannya kerana kini terdapat
banyak rekaan cantik dan eksklusif beg ini untuk dipilih.
Tips Kedua (Design beg tangan)
Bagi wanita yang
bekerjaya mereka akan lebih cenderung untuk memilih beg tangan yang berjenama
dan terkenal. Tidak salah untuk itu tapi harus diingat, faktor penting seperti
rekabentuk, warna serta corak amat penting agar ia tidak mencacatkan penampilan
anda.
Untuk wanita yang mempunyai bentuk badan langsing dan
tinggi, beg tangan jenis Hobo dilihat
sesuai dengan anda. Design beg tangan ini yang sedikit melengkung dengan badan lebar
dan tali yang pendek akan menyerlahkan lagi ketinggian anda.
Bagi yang berbadan
sedikit gempal, anda digalakkan memilih beg tangan tidak terlalu besar dan tidak mempunyai corak
yang keterlaluan. Ia akan menampakkan penampilan yang lebih kemas buat anda.
Tips
Ketiga ( Pemilihan Warna Beg Tangan )
Pemilihan warna
juga amat penting agar sesuai dengan pakaian yang dipakai seharian anda. Memilih
warna selamat seperti hitam, putih, cream dan coklat adalah terbaik. Namun bagi
anda yang suka bermain dengan warna, pilihlah warna neon terang dan pastikan
anda mempunyai pilihan warna yang sesuai dengan baju dan kasut yang digayakan.
Beg tangan berwarna terang juga boleh
digayakan ke pejabat, tetapi anda harus padankan ia dengan pakaian berwarna
tanah atau gelap agar tidak tampak
keterlaluan. Wah, pasti anda akan tampak
lebih feminin dan bergaya dengannya. Selain itu, anda harus mempunyai keberanian
untuk mengayakan beg tangan yang berwarna terang supaya anda akan kelihatan
lebih menarik dan berani.
Tips Keempat ( Kualiti dan Harga Beg Tangan )
Bila sudah nampak beg
tangan yang disukai, kadang kala sampai lupa tentang harga. Seeloknya sebelum membeli, pastikan
anda tahu harga setiap beg tangan yang anda ingin beli dan pastikan ia berbaloi
dengan kualiti yang ada pada beg tangan tersebut. Kadang-kala terdapat pelbagai design
yang cantik dan menarik, namun kualitinya amat menghampakan kita sebagai
pengguna. Jadi, pastikan anda tahu menilai kualiti sesuatu beg tangan sebelum
menjadikannya milik anda.
Kesimpulan.
Penting untuk anda
tahu kesemua perkara ini agar ia tidak menjadi satu pembaziran. Maklumlah,
harga beg tangan pun bukannya murah. Jadi, pastikan anda membuat pilihan bijak
sebelum membeli beg tangan.
Happy Reading, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen.